About Me

My photo
SS3/98, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

22 Feb : Apa itu BP myScience Challenge

Event Date: 20-22 February 2009




Sebanyak 12 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah di sekitar Lembah Kelang, Pahang dan Terengganu akan memulakan Cabaran BP myScience untuk mencari strategi terbaik mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (CO2) di persekitaran sekolah masing-masing.


Cabaran yang akan bermula pada Mac ini memberi peluang kepada para peserta iaitu pelajar dan guru bekerjasama mewujudkan strategi berkenaan dalam tempoh kira-kira lapan bulan sehingga tarikh akhir iaitu pada 31 Oktober tahun ini.


Cabaran BP myScience merupakan yang julung-julung kali diadakan melibatkan pelajar-pelajar berusia 10 tahun sehingga 16 tahun.
Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah melibatkan dua sekolah rendah di Kuala Lumpur, Selangor (4), Kuantan (3) dan tiga buah sekolah rendah di Kertih.
Kategori sekolah menengah pula melibatkan lima sekolah di Kuala Lumpur, Selangor (2), Kuantan (2) dan dua sekolah menengah di Kertih.


Cabaran BP myScience menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM87,200.
Setiap kategori sekolah yang memenangi tempat pertama akan menerima wang tunai RM5,000 dan pelbagai hadiah lain.


Sebahagian daripada guru yang menyertai bengkel BP myScience anjuran BP Asia Pacific di Hotel KL International Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tempat kedua akan memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai RM2,000.
Beberapa kategori hadiah turut diadakan iaitu Laman Web Terbaik (RM500), Pameran dan Penyampaian Terbaik (RM500) dan hadiah saguhati terhadap guru-guru dari sekolah yang menang.


Pertandingan tersebut merupakan kerjasama Perkhidmatan Pendidikan BP, Kementerian Pelajaran dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).


Tema bagi pertandingan tersebut ialah How Can We Reduce Our Carbon Footprint @ School (energy optimization) yang menekankan kesedaran kepada para peserta tentang kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar.


Carbon Footprint iaitu ukuran kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar terutama perubahan cuaca adalah berhubung kait dengan jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan dalam kehidupan seharian seperti penjanaan elektrik, kepanasan dan pengangkutan.


Tujuan utama pertandingan itu ialah untuk mendidik generasi muda mengenai perubahan cuaca dan tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pencemaran di negara ini mahupun secara global.


Selain itu ia bertujuan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan pengeluaran rumah hijau yang lain dan sekitar sekolah, menggalakkan kepimpinan dan pemberian kuasa kepada para pelajar, memupuk kerjasama antara guru dan pelajar untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.


Pertandingan itu juga turut menekankan usaha memupuk generasi yang menyokong pemuliharaan alam sekitar, mengukur pemahaman kesedaran Carbon Footprint di sekolah dan mengukur usaha mengoptimumkan tenaga yang boleh memberi faedah kepada pelajar dan sekolah.


Tema bagi pertandingan tersebut ialah How Can We Reduce Our Carbon Footprint @ School (energy optimization) yang menekankan kesedaran kepada para peserta tentang kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar.
Carbon Footprint iaitu ukuran kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar terutama perubahan cuaca adalah berhubung kait dengan jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan dalam kehidupan seharian seperti penjanaan elektrik, kepanasan dan pengangkutan.


Tiga peringkat cabaran ialah Schools Link iaitu memperkenalkan perkhidmatan modul-modul pendidikan Sains BP dalam program dan aktiviti kelab sains sekolah terlibat.
Carbon Challenge iaitu cadangan perancangan tindakan kesedaran perubahan cuaca dan usaha pengoptimuman tenaga dan mempromosi kehidupan yang mesra alam.


Sembang Sains pula ialah sesi ceramah Sains di sekolah untuk mempromosi kesedaran sains yang akan disampaikan oleh pelbagai pihak yang terlibat.


Peralatan solar - Bengkel BP myScience untuk guru sekolah rendah dan menengah.
Pelajar dan guru terlibat akan turut dibawa ke Ma Daerah, Terengganu pada Mei sebagai salah satu sesi Sembang Sains, promosi pemuliharaan penyu di kawasan perlindungan penyu.
Majlis penerangan kepada guru-guru sekolah yang terlibat telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan dihadiri oleh Pengarah Eksekutif BP Asia Pacific (M) Sdn. Bhd., Datuk Rosli Hussin dan Penolong Pengarah Cawangan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Raja Azhar Raja Sulaiman.


Setiap sekolah akan diberi wang perbelanjaan untuk projek masing-masing yang dikenali sebagai Seed Money berjumlah RM1,000 setiap sekolah.


Penilaian pertandingan memfokuskan antaranya perbezaan peratus bilangan karbon tenaga yang digunakan oleh sekolah seperti elektrik dan air.
Ia juga menilai terhadap projek-projek kesedaran karbon seperti penanaman pokok, kempen Tidak kepada Plastik, pengemaskinian laman web, pameran semasa majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di Pusat Sains Negara (PSN) pada November ini.


Utusan Malaysia, 9 Mar 2009
Our Main Challenge: Saving Mother Earth Through Garbage Enzyme