About Me

My photo
SS3/98, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Program BP myscience sedang berjalan di sekolah.

Dari data yang didapatkan, 83% pelajar dan semua guru tahu yang program BP ini dijalankan di sekolah. Pelajar Tingkatan 3 yang tidak terlibat secara langsung (SMK Sri Permata hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1,2 dan 4) pun tahu bahawa program ini sedang berjalan. Ini menunjukkan publisti tentang program ini dijalankan dengan baik.

Adakah anda terlibat dalam aktiviti pemuliharaan alam di sekolah?

Dapatan data ini menunjukkan 60% pelajar tidak terlibat walaupun peluang penglibatan dibuka kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 4. Dapatan ini mengukuhkan lagi pemerhatian yang dibuat oleh pengetua sekolah, Encik Ong Hock Thye bahawa penekanan perlu diberi kepada penglibatan pelajar. Penglibatan kurang pelajar Tingkatan 1 walaupun diberi peluang sangat-sangatlah tidak memuaskan. Oleh itu, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap aspek ini jika program hijau ini ingin diteruskan di sekolah. Tahap penglibatan guru perlu juga dipertingkatkan sejajar dengan penglibatan pelajar supaya guru-guru dapat membantu mengawasi aktiviti hijau pelajar.

Kita perlu bertanggungjawab terhadap bumi kita

Walau bagaimana pun, 83% pelajar dan 100% kalangan guru bersetuju bahawa bahawa kita perlu bertanggungjawab terhadap bumi kita. Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan peratusan Soalan 3 ialah bahawa jika lebih publisiti dan penglibatan terancang, maka pelajar yang bertanggungjawab ini akan melibatkan diri.

Adakah anda terlibat dalam aktiviti pemuliharaan alam di rumah anda?

Peratus pelajar yang menjalankan aktiviti pemuliharaan alam ini hanya 48%, manakala yang tidak menjalankan dan tidak tahu merangkumi 52%. Oleh itu, budaya pemuliharaan yang dijalankan di sekolah haruslah juga disampaikan kepada pihak ibu bapa dan penjaga. Pihak sekolah perlu lebih melibatkan ibu bapa dan penjaga dalam program hijau di sekolah. Saya mencadangkan agar dalam setiap majlis utama sekolah seperti Hari Terbuka (Report Card Day), Hari Sukan, AGM PIBG dan juga Hari Anugerah Cemerlang diselitkan dengan program hijau. Dengan itu, ibu bapa dan penjaga yang menghadiri majlis-majlis ini di sekolah, dapat memperoleh pengetahuan atau boleh melibatkan diri.


Aktiviti pemuliharaan alam ini membebankan.

Dapatan ini mempamerkan pandangan yang berbeza antara guru dan pelajar. 81% guru mendapati aktiviti ini membebankan manakala 64% pelajar tidak berfikir demikian. Melalui temubual dengan guru-guru, menjalankan aktiviti fizikal tidaklah begitu membebankan tetapi kehendak laporan serta permohonan secara bertulis untuk pelbagai perkara membebankan. Saya bersetuju dengan pendapat mereka kerana kerapkali laporan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan walaupun kerja-kerja fizikalnya telah berjalan. Untuk ini, dicadangkan satu format laporan yang 'mesra pengguna', pemantauan dibuat secara fizikal dan mengikut kesesuaian guru berkenaan.

Saya berminat terhadap aktiviti pemuliharaan alam di sekolah.

Dapatan menunjukkan 47% pelajar yang tidak berminat dan tak tahu serta 38% guru tidak berminat menunjukkan minat pelajar dan guru boleh dipupuk lagi. Antara cadangan yang dikemukan adalah seperti disediakan insentif dalam bentuk hadiah atau wang tunai. Contohnya, untuk setiap beg botol plastik yang dikumpul, kelas tersebut diberi ganjaran wang tunai untuk tabung kelas. Ataupun, diadakan penghargaan untuk usaha yang telah ditunjukkan. Misalnya, pada hari Terbuka, 2 kelas ditugaskan mendemonstrasi kepada ibu bapa cara-cara membuat Eco Enzyme.

Aktiviti pemuliharaan alam ini harus diteruskan tahun hadapan.

Pihak guru dan pelajar bersetuju program ini harus diteruskan pada tahun hadapan. Kemungkinan besar, 28 orang dari 49 orang pelajar Ting 4 merasakan ianya tidak perlu atas sebab mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Pada pendapat saya, program ini harus melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5, memandang kejayaan sesuatu kempen seperti 'Kurangkan elektrik' bergantung kepada penglibatan semua. Pihak sekolah boleh membuat penyesuaian dengan melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan diawalkan. Dengan itu juga pihak sekolah akan sentiasa mempunyai tenaga pelajar yang akan meneruskan aktivti program.

Dijalankan oleh: Pn Chua Siwe Geck
Penyelaras BP myscience@Sri Permata.
24 Oktober 2009
Our Main Challenge: Saving Mother Earth Through Garbage Enzyme